About Me

My photo
Life, Experience, LoveNature, CatLover and HappyGoLuckyGirl :D

Wednesday, November 14, 2012

Amalan Sunat bulan Muharram

Selamat Meyambut Awal Muharram kepada pembaca Ninie :)
InsyaAllah tahun ini akan lebih baik dr tahun sebelum2 nie Aamiin :)



Doa Akhir Tahun baca selepas Solat Asar 3x dan Doa Akhir Tahun baca selepas Magrib 3x

Marilah kita berpuasa di bulan Muharram besar ganjaran yg Allah SWT beri.. Subhanallah :)

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isterifadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskinfadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marahfadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesatfadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagitiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekahfadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan dirifadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunatfadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelakfadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhiratnanti

11 Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutanselama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaatkerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasafadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.PuasaNiat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribukali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comments: