About Me

My photo
Life, Experience, LoveNature, CatLover and HappyGoLuckyGirl :D

Friday, April 25, 2014

Sahabatku

Assalamualaikun sahabat yg membaca blog ni :)

Saya doakan anda semua sihat Alhamdulillah. Ameen.

Marilah kita selawat sebentar ye.

"Hasbi Rabbi Jalallah
Maafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Salallah
Laa Ilaa ha Illallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

sebenar rasa terkilan dgn sahabat lama.
Nini inbox dia di fb tak pernah nak reply.
tapi
dia selalu je online.
ya Allah
apa salah Nini.
Nini harap tiada apa masalah berlaku.

kat universiti Nini tiada kwn rapat
selalu bergerak sendiri
lagipun bahasa Nini kasar
terlampau terus terang
kebanyakan budak2 universiti org yg menjaga bahasa percakapan dorang

jadi
Nini rasa better Nini sendiri
dan
kawan je semua org :)

Nini ingin berubah
nak jaga bahasa percakapan
bahasa yg agak kasar
sebab Nini lahir di Kuala Lumpur
hurm
takpe
Allah faham Nini dan sentiasa berada disisi Nini
Alhamdulillah.

teringat lirik lagu
"selama ini ku mencari2 teman yg sejati"
InsyaAllah Nini akan jumpa teman sejati Nini
Suatu hari nanti.
ameen :')

Friday, April 11, 2014

Bahagia

Alhamdulillah.

Tak pernah bahagia sebegini bersama bakal suami.
Si dia xsuka istilah pakwe atau bf si dia suruh panggil bakal suami gitu. hee
Yup tiada istilah couple
tapi
Bakal suami saya.

Si dia tak kaya tak juga miskin
Si dia penuh dengan kesederhanaan
Syukur akhirnya
Saya jumpa lelaki yg pegang kpd agama
Saya cintakan awak kerana agama
Awak buat saya sedar harta bukanlah segalanya
Awak buat saya sedar
kerana
Awak senantiasa bagi semangat
Awak senantiasa bagi nasihat
Jangan boros
Jangan membazir

Yang penting
Awak selalu kata beli makanan tak mengapa
"beli benda tak berfaedah membazir faham?"
masih terngiang di telinga kata2 sidia hee.

Ikhlas saya sayang awak Izman
Moga hubungan kita diberkatiNya
Ameen.
Alhamdulillah saya bahagia.
InsyaAllah rakan2 juga akan berasa kebahagiaan seperti ini suatu hari nanti.

Sampai disini sahaja
Saya nak sambung buat assignment.
Cuti ni memang agak xsuka hadap assignment
hehehehe
ok tata sahabat blog :)

Monday, April 7, 2014

saya milik dia

Alhamdulillah.

06April2014.

sidia menyatakan hasrat utk jadi kan sy bakal isteri beliau.
yup kami tak berkenalan lama.
tapi sidia serius.
membuatkan saya tak teragak menerima beliau seadanya.
syukur Ya Allah.
doa yg ku pinta selalu akhirnya makbul
T.T tangisan kegembiraan.
doa ku makbul.
doa ku,
ku ingin lelaki yg terus menyatakan hasrat beliau sebagai isteri dia.
Alhamdulillah.

06April2014.
di depan Wangsa Walk
setelah lunch dan tgk movie captain america
sidia nk nyatakan hasrat
tapi sy malu
ramai org tgk nanti
then
pergi jauh sikit yg tak ramai org tgk hee

lepas tu duduk disuatu tempat
"sudikah awak jadi bakal isteri saya"
Ya Allah
ayat ni.
kelu
terkejut
bahagia
terima kasih
Alhamdulillah

ku terima dirimu seadanya.
moga kekal ke Jannah.
Ameen.

banyakkan doa sahabat.
insyaAllah dimakbulkan :)

p/s : cincin ni sebagai tanda sy ni milik dia, katanya dia takut org lain kebas. hehe.
        tunang dan kahwin akan menyusul nanti :)